Berbicara tentang sahabat. Dahulu aku mempunyai seorang sahabat yang sangat rapat denganku. Hingga ke mana pun aku pergi dia pasti setia menemaniku. Sehingga ada senior di sekolah mengatakan bahawa kami adalah kembar! Sungguh tidak di sangka kenapa mereka berkata sedemikian rupa. Mungkin di sebabkan kami sudah sering melakukan pekerjaan di sekolah bersama-sama. Kami berkawan rapat sejak aku masuk tingkatan 2 hingga tingkatan 3. Pada mulanya aku tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Tapi aku hanya redha pada apa yang telah berlaku. Sebenarnya perkara ini sudah berlaku semasa kami habis menjalani peperiksaan menengah rendah(PMR). Pada masa itu kami sedang menghadiri aktiviti pasca PMR yang telah di adakan oleh cikgu-cikgu di sekolah kami.
Pada mulanya, sahabatku ini memegang telefon bimbit kawan lelaki aku kelas lain. Kawan lelaki ku ini lebih di kenali dengan nama Mr Tambi ^_^. Mr Tambi bercinta dengan salah seorang sahabat karib ku yang lain. Pasangan bercinta ini sedang mempunyai salah faham dan tidak bertegur sapa sesama sendiri. Jadi, sahabat rapatku yang lebih di kenali dgn ElaUren itu mengahantar SMS kepada sahabat perempuan aku yang tengah hot bercinta dengan Mr Tambi (ElaUren pura-pura menjadi Mr Tambi & tiada halangan dari Mr Tambi). Lalu perkara ini di ketahui oleh sahabtat perempuanku itu yg lebih di kenali sebagai Siti. Maka Siti pun menangis dan tercetus perang dunia ke-3 antara mereka. HAHAA lucu juga tapi aku sebagai seorang sahabat yang bertanggungjawab menasihati si Siti dan Mr Tambi.
Beberapa hari selepas itu, aku mendapat SMS dr ElaUren. Sungguh terkejut. Kakaknya pun masuk campur sekali. Sungguh aku tidak sankga. Kenapa aku di perlakukan sebegitu? Sedangkan dia sedang menghuru harakan hubungan Siti & Mr Tambi. Kenapa aku yang kene????? SMS dia berbunyi ugutan. Semuanya masih segar dalam ingatanku. Sungguh aku tidak dapat melupakannya. Hancur berkecai hatiku apabila mendapati sahabat yang paling rapat denganku memperlakukan aku sebegitu. :( Allah saja yang tahu perasaan aku masa itu. Selepas berselang 2 hari kemudian, ElaUren membawa kakaknya pergi ke sekolah aku. Tujuannya adalah untuk bergaduh denganku. Semasa aku tengah bersembang dengan kwn lain di pondok sekolah, lalu salah seorang sahabatku sama kelas memanggilku untuk pergi ke temapatnya. Aku pun pergilahhh..
Tidak ku sangka tidak ku duga. ElaUren bersekongkol dengan sahabatku 2 org lagi. Alahaii. Sungguh tak sangka. Paling aku tak dapat terima, ElaUren tuduh yang aku ni bercakap buruk ttg sahabatku yg 2 org tu. Tapi tuduhan itu sungguh tidak pernah ku buat! Semua tuduhan yang ElaURen lemparkan semuanya FITNAH semata-mata! AKU DI FITNAH! :'( Aku tidak tahu sebab apa dia melakukan sebegitu. Aku 'di serang' oleh 4 org dari mereka. Tapi aku?? Aku hanya tercegat seorang diri. Namun ada para lelaki yg ingin membantu aku kerana geng ElaUren bercakap dengan aku dengan nada yang kasar namun aku hanya mampu berdiam. Kerana aku sungguh TERKEJUT pada masa itu. Sebab seumur hidup aku, aku xpernah melakukakn perkara sedemikian. Aku amat berasa terkhianati, di tuduh dengan tuduhan yang tidak berasas. Sampai sekarang aku masih tidak dapat lupakan peristiwa itu walaupun aku sudah memaafkan nya. Namun hatiku masih berasa tidak ikhlas? Apakah yg perlu aku buat? :'( Sekarang ElaUren pun bercakap dengan aku tapi matanya pandang tempat lain. Orang kata, kalau nk tengok org tu ikhlas ke tak dengan kita, kita lihat adakah dia bercakap dengan kita sambil memandang mata kita? Sama-sama muhasbah diri. Janganlah menuduh orang dengan tuduhan yang tidak pernah di buat. Fitnah itu adalah dosa. Wassalam. (^_^)
laaaa, tedah ktk kenak polah org giaaa. huhu
ReplyDelete